Cara terbaik masak brokoli

Cara terbaik masak brokoli

walaupun brokoli mengandungi banyak khasiat tapi cara masak yang salah akan mensia-siakan segala vitamin brokoli.
kakzan masak dengan teknik stir-fry. Maksudnya masak kesemua bahan lain dulu...akhir sekali baru brokoli dimasukkan ke dalam kuali.

RESEPI DAGING BROKOLI CENDAWAN MASAK LADA HITAM.


Bahan
1. daging. rebus dan cincang kasar
2. brokoli. rendam dalam air garam. toskan dan potong ikut suka
3. cendawan shitake 5 ketul. rendam dalam air panas. hiris ketebalan ikut suka. air rendaman jangan dibuang.
4. serbuk lada hitam
5. sos tiram (optional)
6. garam secukup rasa
7. bawang putih 3ulas. cincang halus
Cara:
1. tumis bawang putih. masukkan daging cincang.
2. masukkan sos tiram dan lada hitam
3. Tuang ke kuali air rendaman cendawan tadi.
4. masukkan cendawan. biar sekejap hingga agak lembut.
5. letak garam jika suka (kakzan tak letak)
6. masukkan brokoli. Tutup kuali. Tutup api masak.
7. biar bertutup sekejap. Selepas 5minit, hidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

KERABU PEGAGA PANTANG STYLE