KERABU PEGAGA PANTANG STYLE
Antara khasiat pepaga ialah membantu menguatkan sel otak. Jadi pegaga ni sangat elok diamalkan selepas ibu bersalin dan juga ibu yang sedang mengandung. Ni kakzan share resepi Kerabu Pegaga Pantang-style sbb kakzan xboleh minum jus pegaga yg asli tu......... 😣 Lagipun makan yg fresh lagi mudah. ngappp ngappp habis. Jadi macam biasa cara kakzan buat lauk pantang senang dan praktikal saja. Bahannya pun tak payah rumit. 3..cukup. Tapi in sha Allah sedap dan berkhasiat 💪 😋 😋 KERABU PEGAGA PANTANG STYLE Bahan: 1. Pegaga segar, daun dan batangnya sekali. basuh bersih dan toskan airnya sekejap. 2. ikan bilis goreng. Toskan minyak. Kisar kasar 3. lada hitam. kisar halus Cara: Racik halus pegaga. letak dalam satu bekas berpenutup. campurkan 3 sudu makan bilis. 1 sudu teh lada hitam. Tutup bekas. Tap tap. Goncang sampai puas hati. Siap.
Comments
Post a Comment