RESEPI REMPAH PANASKAN BADAN

BADAN TAK BERPELOH AKIBAT 24JAM BER-EKON???

 Orang tua memang galakkan Mak Tang keluarkan peluh tapi MakTang rimas kot tak berkipas. 

Sebagai ibu moden kak zan nak bagi pilihan lah untuk panaskan badan iaitu dengan makan Rempah Mak Tang ni terutama untuk minggu pertama selepas melahirkan. Kakzan yang tengah masak Rempah 3putri ni kat atas dapur pun dh pecah peloh oii! Ramuan nya simple saja..Nak buat pun senang sangat...tapi sedapppp sangat. 2 cadangan kegunaan Rempah 3putri:
1. Campurkan sesudu dalam air panas..jadilah sup beraroma.
2. lumur sesudu pada tenggiri bakar..jadilah grilled tenggiri.

Makan dengan nasi baru tanak uummph 💪
angin dalam badan pun berlumba keluar. 

RESEPI REMPAH 3PUTRI

Bahan: 
1. halia tua. 500gram. Buang kulit. hiris lalu kisar
2. Bilis. 100gram. kopek isi, basuh & keringkan, lalu kisar
3. lada hitam kisar. sesuka hati nak berapa panas/pedas

Cara:
Goreng halia kisar, bilis kisar atas api dengan sedikit minyak sampai kering tapi jangan terlalu garing. 
Masukkan lada hitam sesuka hati (kakzan letak 2 sudu makan) 

S i a p !

kakzan cadangkan simpan dalam peti sejuk sebab rempah ni agak basah bimbang basi kt suhu bilik. 



Comments

Popular posts from this blog

KERABU PEGAGA PANTANG STYLE